Sabtu, 22 Februari 2014

Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik wanita adalah yang PALING MUDAH MAHARNYA."


Sedang Rasulullah SAW sedang menyampaikan kuliah, tetibe seorang anak dara bangun dan berkata di khalayak ramai "Ya Rasulullah, kahwini aku."

Rasulullah terkejut.

Rasulullah berkata kepada wanita tersebut, "Maaf, aku tidak berhajat untuk menikahimu."

Lalu tetibe seorang pemuda lelaki pula bangun dan berkata kepada Rasulullah SAW.
"Ya Rasulullah, jika kau tidak mahu menikahi wanita itu, kahwinkan aku dengan sidia Ya Rasulullah."

Rasulullah respon kepada pemuda tersebut. Rasulullah berkata, "Wahai pemuda, kau pulanglah ke rumah, dan ambil apa-apa benda sekali pun yang dimilikimu untuk dijadikan mas kahwin untuk aku nikahkan kau dengan wanita ini."

Lalu pulanglah pemuda itu ke rumah dan mencari harta miliknya untuk dijadikan mas kahwin. Cari punye cari, tiada apa pun harta dimiliki pemuda tersebut yang boleh dijadikan mas kahwin. Pemuda itu pergi semula kepada Rasulullah SAW dan menyatakan tentang hal tersebut.

Dan Rasulullah SAW berkata kepada pemuda tersebut, "Wahai pemuda, carilah besi daripada apa pun yang dimilikimu untuk dibentuk cincin dan untuk mas kahwin pernikahan kamu dan wanita itu."

Pulanglah semula pemuda itu ke rumahnya untuk mencari besi sepertimana yang Rasulullah SAW minta. Cari punye cari, pun tidak jumpe apa-apa besi yang dimilikinya.

Setelah pemuda itu tidak jumpa apa yang dicari, pergi semula pemuda itu kepada Rasulullah SAW dan menyatakan hal tersebut kepada baginda.

Lalu Rasulullah SAW pun berkata, "Apa yang ada dalam diri kamu daripada al-Quran?."
Pemuda itu menjawab pertanyaan Rasulullah dengan menbaca Surah al-Ikhlas (Qul Huwallahu Ahad).

Rasulullah SAW pun berkata, aku nikahkan kau dengan ber-mas kahwinkan Surah al-Ikhlas yang engkau hafal itu.

Akhirnya, pemuda itu sah dinikahkan dengan wanita tersebut dengan hanya mas kahwin Surah al-Ikhlas.

Masya-Allah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, ape yang kite dapat daripada cerite benar ini???..

1. Nikah itu sangat mudah dalam Islam. Tapi umat Melayu, menyusahkan pasangan untuk bernikah.

2. Apa-apa pun yang bermanfaat boleh dijadikan mas kahwin.

3. TIADA LANGSUNG istilah "Perigi Cari Timba" dalam Islam. Ia ideologi orang Melayu semate-mate.

4. Jangan takut untuk bernikah sewaktu anda takda duit. Pernikahan itu membuka pintu rezeki.

5. Be Gentlemen/Gentlewomen untuk menyatakan hasrat ingin bernikah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik wanita adalah yang PALING MUDAH MAHARNYA."

Bermaksud, yang paling mudah ler. Bukan yang paling murah taw. Murah dan mudah membawa maksud yang berbeza.

Contoh, jika pengantin lelaki adalah anak orang kaya. Gaji sebulan RM 10, 000. Pengantin perempuan mintak RM 5000, dan pengantin lelaki menganggap itu adalah sesuatu yang amat mudah untuk diberi. Yang ini menepati sabda Nabi SAW tersebut.

Contoh yang lain, jika pengantin lelaki gaji RM 2000. Pengantin perempuan mintak RM 100. Tetapi RM 100 dianggap susah untuk pengantin lelaki berikan, maka itu tidak menepati sabda Nabi SAW tersebut.

Amacam, ada beran wt cmnie?

Wallahua`lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan