Isnin, 3 Oktober 2011

5 Keistimewaan NUFFNANG

Keistimewaan NUFFNANG ada banyak. Nak list kan semuanya agak payah la kot, sebabnya setiap orang mempunyai pandangan dan idea yang berbeza. Betul tak? Lain la kalau macam fakta sejarah yang tidak berubah macam entri aku SEJARAH ASAL-USUL NUFFNANG. Sila la baca kalau korang belum tahu lagi ye

5 Keistimewaan Nuffnang yang akan aku listkan dalam entri ini adalah hasil pemerhatian dan pembacaan aku dalam Internet ni, ada juga sedikit pengalaman aku yang tak seberapa dalam dunia blogging ni. So,kalau korang rasa nak tambah point, sila la tambah ye. Nak bangkang pon aku tak kisah kot. Hehehe..




KEISTIMEWAAN NUFFNANG YANG PERTAMA: Iklan yang menarik & cantik..
Korang sendiri perasan kot, iklan-iklan Nuffnang semuanya berwarna-warni. Kadang-kadang siap ada effect flash lagi tu. Hehehe, kalau nak bandingkan dengan ads lain macam AdsNiaga...rasanya Nuffnang jauh lebih kreatif. Dan disebabkan kecantikan iklan Nuffnang inilah ianya menjadi pilihan ramai blogger kerana sesuai diletakkan di mana-mana blog sekalipun. Blog yang buruk pun boleh jadi cun bila pasang iklan Nuffnang ni. Tak percaya? Cubalah..


KEISTIMEWAAN NUFFNANG KE DUA: Potensi earnings yang lebih tinggi
Ehem,percaya tak dengan point aku kali ni? Takpe biar aku explain sikit ye. Nuffnang merupakan syarikat pengiklanan yang bertapak di Malaysia ini jadi segala urusan pembayaran dapat dilakukan dengan cepat tanpa sebarang masalah kerana setiap cash out di buat dalam matawang Ringgit Malaysia dan bukannya USD seperti ads lain. Tambahan pula, Nuffnang juga mempunyai adik yang bernama CHURP-CHURP yang mampu melipat gandakan pendapatan online para Nuffnangers itu sendiri.


KEISTIMEWAAN NUFFNANG YANG KE TIGA: Mudah pasang dan di buang
Korang hanya perlu copy dan paste sahaja code yang diberi dalam blog korang untuk memasang iklan Nuffnang nie. Kalau rasa dah muak dan jemu, nak buang pon senang je. Lagipun korang nak letak Nuffnang ni kat bahagian mana-mana dalam blog korang pon tak kisah,takde siapa nak marah.


KEISTIMEWAAN NUFFNANG YANG KE EMPAT: Status keahlian Glitterati
Setiap Nuffnangers yang setia dengan Nuffnang tanpa menduakannya dengan memasang iklan pesaing Nuffnang di dalam blog, mereka akan diberikan status Glitterati. Dengan status ni, macam-macam faedah yang mereka akan dapat antaranya layak untuk menyertai sebarang events anjuran Nuffnang dan juga boleh menyertai pertandingan/contest Nuffnang yang menyediakan hadiah menarik. Glitterati juga boleh meng-ping entri blog mereka kat INNIT yang mempunyai PR (pagerank) yang tinggi.


KEISTIMEWAAN NUFFNANG YANG KE LIMA: staff yang cantik dan mesra
Point last ni merupakan fakta paling benar dalam entri ni ye, bukan sekadar bodek semata-mata. Hehehehe... Kalau Nuffnangers mempunyai sebarang masalah dan ingin mengajukan persoalan, mereka akan dapat jawapan kepada kemusykilan tersebut dalam masa yang singkat sahaja iaitu tidak lebih daripada seminggu. Kan best macam tu, takde la buat kita tertunggu-tunggu kan?




Yes,dah cukup pun 5 point keistimewaan Nuffnang yang aku dah listkan. Korang ada sebarang bantahan dan penambahan tak? Kalau ada, sila la nyatakan kat ruangan komen ye. Sama-sama lah kita reveal apa sebenarnya yang istimewa dengan Nuffnang ni sehinggakan begitu banyak blog yang menggunakan khidmat Nuffnang sebagai pendapatan sampingan mereka. Sekian terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan