Jumaat, 21 Disember 2012

Khasiat Kacang Walnut. (sangat bagus untuk mereka yang nak diet!)

Artikel yang best untuk dikongsi bersama dan Mesti Baca!.

:: Kacang walnut kaya dengan vitamin B6
[penting untuk pembentukan protein dalam tubuh badan, keseimbangan hormon dan fungsi-fungsi pelalian.]

:: Kaya dengan vitamin B1 yang juga dikenali sebagai thiamine dan juga asid folik
[Vitamin jenis ini penting untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi. Ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan mangan yang penting untuk menguatkan saraf.]

:: Kandungan kalorinya lebih rendah daripada kacang pecan atau kacang macadamia. Kandungan lemaknya pula lebih rendah daripada kacang Brazil, tetapi kandungan proteinnya dua kali lebih tinggi.

:: Amalan memakan walnut enam kali seminggu boleh mengurangkan risiko diserang sakit jantung, sekali gus memanjangkan usia. Apakah rahsianya? Kacang walnut mengandungi asid lemak mono tepu (monosaturated fatty acid) yang menurunkan paras kolesterol. Ia juga kaya dengan vitamin E, sejenis bahan antioksida yang melindungi jantung, sekali gus menghindarkan serangan sakit jantung.

Juga dapat membantu dalam :

:: Menghindari penyakit barah

:: Menurunkan paras darah tinggi

:: Baik untuk golongan diabetes

:: Melindungi arteri

:: Menguatkan tulang. Dalam walnut terkandung omega-3 yang boleh membantu menguatkan tulang.

:: Sangat bagus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan

Pada zaman dahulu, kacang walnut digunakan dalam perubatan tradisional oleh orang-orang Inggeris untuk mengubati kudis atau kulit yang melecet. Kaedahnya ialah dengan menumbuk kacang walnut hingga lumat kemudian campur dengan sedikit mentega lalu disapu ke bahagian yang berkudis sebanyak dua kali sehari. Lakukan selama empat hari dan kudisnya akan sembuh

**Sumber kekacang seperti gajus, kuaci, walnut, kacang tanah dan kacang almond adalah snek yang bagus. Biarpun mengandungi lemak yang tinggi, anda semua tidak perlu risau kerana lemak yang terkandung dalam sumber kekacang sebegini adalah dari jenis lemak tidak tepu (mono-unsaturated), yang terdiri daripada asid lemak sihat Omega 3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan