Antara masalah utama ketika Berada di rumah adik beradik ialah adalah aurat antara sepupu. Ada orang kata, antara sepupu, aurat macam adik beradik, takpe kalau nampak rambut.
SALAH! DIORANG SEBENARNYA ADALAH BUKAN MAHRAM, SEBAB KITA BOLEH MENGAHWINI SEPUPU KITA.
Bukanlah bidang saya hendak berfatwa, tetapi rasanya semua tahu berkaitan aurat antara sepupu ini, cuma kadangkala terlepas pandang. Hal berkaitan aurat antara sepupu ini sudah dijelaskan dengan Al-Quran:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ” (Al-Nur : 31)
Sebagai bacaan tambahan, sila baca lebih lanjut di sini:
1. Ustaz Azhar Idrus
2. Masjlis Ulama Ikatan Muslim Malaysia (ISMA)
3. Ustaz Nor Amin
1. Ustaz Azhar Idrus
2. Masjlis Ulama Ikatan Muslim Malaysia (ISMA)
3. Ustaz Nor Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan