MAC
Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon di dalam badan ibu, iaitu hormon prolaktin. Hormon ini dirembeskan oleh kalenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung, hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik saja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin terus meningkat. Peningkatan hormon prolaktin seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seseorang bayi.


Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Dari darah yang merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu, bercampur dengan zat-zat makanan dari usus, kemudian diproseskan di kalenjar-kalenjar yang terletak di payudara ibu, seterusnya berupaya menhasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan