Khamis, 13 Oktober 2011

LaWAK MALASSSS


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang sangat malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang palinggg malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada
 orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba ini?” Maka jawabnya, “Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terduduk terdiam seketika.

Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu ni si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan