Pelik..tapi benar. Manusia lebih takut dengan hukum manusia itu sendiri berbanding hukum Allah. Itu yang terjadi pada dunia sekarang. Manusia takut untuk memandu laju sebab takut kena saman, manusia takut untuk merompak sebab takut kena tangkap dan sebagainya…sebab nya adalah takut mendatangkan masalah pada diri mereka. Tapi bagaimana dengan hukum Allah? Kenapa manusia tidak merasa takut?
Firman Allah ada mengatakan bahawa barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka itu adalah orang yang kafir. Berdasarkan kata-kata Allah itu, hanya orang yang beriman sahaja yang merasa gerun dan takut akan kemurkaan Allah. Oleh itu, hanya orang yang hatinya ada keimanan sahaja yang takut akan hukum Allah dan sedaya upaya menjauhi larangan Allah dan membuat suruhan Allah walaupun tidak nampak akan hasilnya sekarang tapi mereka yakin akan hasilnya di akhirat kelak.
Akan tetapi bagi mereka yang hatinya kosong, walaupun berilmu tinggi tetap tidak akan nampak dan gerun akan kata-kata Allah kerana balasan itu tidak berlaku padanya sekarang. Untuk merasakan berlakunya balasan di akhirat adalah jauh sekali sebab di mata mereka dunia adalah syurganya…
“Hukum” itu adalah penting untuk mengatur kehidupan manusia. Hukuman Allah adalah supaya manusia hidup dalam kesejahteraan selain untuk menilai keimanan seorang hamba kepada Tuannya. Hukuman yang dibuat manusia juga adalah untuk mengatur aktiviti dan kesejahteraan manusia itu dari kacau bilau. Tanpa “Hukum” manusia akan bebas berbuat apa saja demi kepentingan dirinya sehingga tidak mempedulikan orang lain.
Bagaimana pula orang yang melanggar hukum? Bagi mereka yang melanggar hukum Allah adalah orang yang tidak mempunyai keimanan, kerana orang yang beriman takut untuk melakukan apa yang Allah larang. Bagi mereka yang melanggar hukum manusia adalah orang yang meletakkan nafsu sebagai hak utama, kerana mengikut nafsu la mereka tidak takut untuk di saman, di penjara, di buang daerah, di hukum gantung dan sebagainya.
Oleh yang demikian, amat berbahagia lah bagi mereka yang mengikut hukum Allah dan hukum manusia… Akan tetapi hukum Allah itu mesti didahulukan dari hukum manusia…”Dunia jambatan untuk Akhirat”…wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan