Pada zaman ini juga, kaum wanita suka berjalan-jalan dengan mendedahkan aurat mereka seperti leher, bahagian atas dada dan rambut. Apabila Islam datang, Allah S.W.T telah menegur kaum wanita Islam agar tidak mengikuti sikap dan cara berpakaian masyarakat jahiliah tersebut. Firman Allah S.W.T:
Terjemahanya:
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.[1]
(Surah al-Ahzab 33:33)
Ayat ini hanya mengandungi larangan kepada wanita Islam daripada mengikuti cara berpakaian mesyarakat jahiliah. Namun ia tidak menyentuh ciri-ciri pakaian wanita Islam. Justeru masih ramai terdapat wanita-wanita Islam yang berpakaian seperti kaum wanita zaman jahiliah.[2]
2.4 Dalil Kewajipan Menutup Aurat
Jumhur Ulama bersepakat mengatakan bahawa hukum menutup aurat adalah wajib. Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan Hadis. Menurut Syeikh Sa’id bin Muhammad Ba’isyam menyatakan aurat adalah wajib ditutup dari pandangan jin, malaikat dan manusia berdasarkan firman Allah S.W.T :
Terjemahanya:
Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap kali memasuki masjid dan makan dan minum dan janganlah melampau, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampau.[3]
(Surah al-A’raaf 7:31)
Ayat ini mengandungi perintah Allah S.W.T menutup aurat pada setiap kali beribadat seperti solat dan tawaf atau ibadah-ibadah yang lain.[4]
Justeru, menutup aurat merupakan satu perintah yang wajib ditunaikan dan mendedahkan aurat adalah satu larangan iaitu haram. Rasullah S.A.W bersabda:
أيما امرأة وضعت ثيابها في غير بيت زوجها فقد هتكت ستر ما بينها بين الله عز وجل
Maksudnya:
Mana-mana wanita yang membuka bajunya (mendedahkan auratnya) di rumah bukan suaminya, maka dia telah menceroboh apa yang dilarang oleh Allah S.W.T daripadanya.[5]
(Riwayat Ahmad)
Sabda Baginda S.A.W lagi :
من ستر على مؤمن عورة فكأنما أحيا ميتا
Maksudnya:
Sesiapa yang menutup aurat seseorang Islam, seolah-olah dia telah menghidupkan orang yang telah mati.[6]
(Riwayat Tabrani)
Hadith tersebut secara jelas mengambarkan tentang dosa orang yang mendedahkan aurat kepada bukan suami atau mahram. Jika orang yang membantu orang lain menutup aurat akan diberi pahala oleh Allah S.W.T. Maka apatah lagi orang menutup auratnya sendiri. Disini jelas membuktikan bahawa hukum menutup aurat adalah wajib, manakala membuka sama ada disedari atau tidak dihukum haram dan berdosa.
2.5 Ciri-ciri Pakaian Berlandaskan Syariat Islam
Islam tidak menolak fesyen kerana ia sebahagian daripada kecantikan dan keindahan tetapi
hendaklah tidak lari daripada ciri-ciri pakaian Ialam. Ciri- ciri pakaian Islam boleh dilihat mengikut perbezaaan jantina.[7]
2.5.1 Ciri-ciri pakaian wanita[8]
i) Menutup seluruh anggota badan dan membuka sebahagian yang dibenarkan
sahaja.
Syarat utama pakaian wanita ialah menutup seluruh anggota badan kecuali pada bahagian (muka dan tapak tangan) yang dibenarkan syarak. Syarat ini berdasarkan firman Allah S.W.T :
Terjemahanya:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedada mereka.[9]
(Surah an-Nur 24:31)
Firman Allah S.W.T ini mengandungi beberapa perintah seperti berikut :
a) Perintah tidak boleh mempamerkan kecantikan dan perhiasan (zinah) bagi wanita Islam kecuali yang biasa dilihat seperti muka dan tapak tangan. Lafaz (zinah) perhiasan mampunyai dua makna, Pertama, perhiasan asli tubuh badan. Kedua, perhiasan yang dibeli seperti cincin, rantai, gelang dan pakaian.[10]
b) Perintah menutup kepala:
Al-khimar dalam ayat ini maksud asalnya iaitu penutup sesuatu benda. Perkataan khimar telah dikenali sebagai benda yang yang dijadikan penutup kepala wanita. Oleh itu dapatlah difahami perkataan khimar bererti kain, tudung yang dijadikan penutup kepala. Hal ini bererti bahagian kepala yang wajib ditutup. Manakala lafaz al-juyub, jamak al-juyub bermaksud tempat belahan baju atau leher baju. Disitulah tempt terbuka untuk pemakai memasukkan kepala melaluinya.
Daripada terbuka itulah pula akan kelihatan pangkal dan dan juga leher. Al-Juyub supaya tidak kelihatan dada dan leher. Firman Allah S.W.T lagi :
Terjemahanya:
Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka", yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[11]
(Surah al-Ahzaab 33:59)
Selain itu, ayat ini mewajibkan wanita Islam memakai penutup kepala dan melabuhkanya hingga menutup leher dan dadanya. Tujuanya untuk membezakan mereka dengan wanita jahilliyah yang mendedahkan dada, leher dan telinga serta rambut. Lalu Allah S.W.T memerintahkan supaya wanita mukmin menutupnya.
Ummu Salamah berkata : “ Apabila turun surah an-Nur ayat 31, yang bermaksud “ hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” maka keluarlah wanita-wanita al-Ansar dengan seolah-olah di atas kepala mereka ada burung gagak disebabkan terlalu hitam.[12]
Peristiwa ini menjelaskan tentang keadaan wanita-wanita Ansar yang menutup seluruh tubuh mereka dari atas kepala ke bawah kaki dengan pakaian yang diperintahkan ke atas mereka. Oleh sebab mereka berpakaian serba hitam maka diumpamakan seperti burung gagak.
Manakala hadith Rasulullah s.a.w daripaya Dhiyah bin Khalifah al-Qalbiyy menyatakan:
عن ضهياه بن خليفاة القلب قل أتى رسول الله صلي الله عليه وسلم بقباطي منها قبطية فقال اصدعها فاقطع أحدهما قميصا. اعطا الاخر امريك أن تجعل تحته ثوبا لا يصيفها
Maksudnya:
Daripada Dhiyah bin Khalifah al-Qalbiyy menyatakan, Rasulullah telah memberi kepadaku sehelai kain qubtiyy. Sabda baginda: “Bahagikan kepada dua, satu dijadikan baju kamu dan satu lagi berikanlah kepada isterimu supaya dijakan khimar (tudung yang menutup kepala leher dan dada). Apabila aku berpusing ke belakang (hendak pergi) lantas baginda bersabda : “Suruhlah isterimu memakainya di atas baju supaya ia tidak menampakkan (kulit)”.[13]
(Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w menyuruh Dihyah supaya memberikan sebahagian qubtiyy kepada isterinya bagi dijadikan tudung untuk menutup aurat. Oleh sebab baju qubtiyy daripada kain jenis lembut maka Rasulullah menyuruh supaya dipakaikan atas baju (beralas).[14]
ii) Pakaian Longgar dan Tidak Jarang
Pakaian longgar dan tidak jarang telah digariskan sebagai ciri-ciri Islam bagi wanita. Hal ini bermakna pakaian yang dipakai bukan sahaja menutup tubuh malah diwajibkan tidak ketat dan jarang. Lazimnya pakaian wanita yang ketat dan jarang boleh menimbulkan fitnah dan menarik perhatian kaum lelaki.[15]
Memakai pakaian longgar dan tebal adalah bertepatan dengan perintah Allah S.W.T menerusi surah an-Nur tadi yang merupakan sudut terpenting dalam melindungi bahagian tubuh yang mempunyai daya tarikan seksual. Pakaian ketat yang menampakkan bentuk badan seperti pinggang, pinggul dan paha adalah dilarang di dalam Islam. Ia merupakan zinah yang mesti disembunyikan.
Rasulullah s.a.w bersabda :
صنفان من أهل النار لم ارهما: قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس. ونساء كاسيات عاريات، لا يدخلن الجنة ولا يدخلن الجنة ولا يجدن ريها ، وإن ريها ليوجد من مسيرة كذا و كذا
Maksudnya:
Ada dua golongan penghuni neraka yang saya tidak pernah melihat iaitu satu kaum yang membawa cemeti (rotan) seperti seekor lembu sedang memukul wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mendedahkan aurat), mereka tidak patuh perintah Allah dan mengajak orang lain mengikut cara mereka. Kepala (sanggul dan rambut) condong seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium syurga yang baunya sejauh perjalanan.[16]
(Riwayat Muslim)
Hadith ini menegaskan tentang dua golongan penghuni neraka. [17] Golongan pertama ialah orang yang berkuasa yang zalim yang menindas, menyeksa dan menyakiti manusia dengan kuasanya. Golongan kedua ialah kaum wanita yang berpakaian tetapi tidak sempurna kerana pakaian jarang dan nipis.
Islam melarang wanita Muslimah berpakaian yang nipis dan jarang, kerana jelas pakaian tersebut akan menimbulkan fitnah dan syubhah, baik terhadap diri sendiri ataupun keadaan masyarakat sekelilingnya.
Pakaian dan keperibadian adalah saling berpengaruh antara satu-sama lain, kerana itulah wanita yang berpakaian yang jarang dan nipis lagi ketat akan mudah mempengaruhi jiwanya untuk terikut mempamerkan diri dengan berlenggang-lenggok di hadapan orang ramai, khususnya di hadapan lelaki. Memang mula sekadar ikut-ikutan saja, tapi lama-kelamaan menjadi kebiasaan dan akhirnya berpadu dengan watak dan menjadi sifat semula jadi.
Tampilnya wanita yang berpakaian tersebut tentu akan mengundang lelaki yang kurang kuat imanya untuk berbuat perkara yang tidak baik atau yang paling kurang berfikir dan berkhayal. Kerana itu cara yang terbaik untuk menghindari dari godaan tersebut adalah dengan tidak memakai pakaian yang ketat, nipis dan jarang yang membentuk tubuh badan.[18]
Maka untuk menghilangkan semua itu, Allah S.W.T dengan tegas telah memerintahkan agar wanita Islam duduk di dalam rumah sebagai satu kaedah dalam memelihara kehormatan diri, keluarga dan anak-anak. Wanita Muslim dilarang tegas agar tidak mempamerkan diri seperti masyarakat jahiliyah dahulu dan boleh keluar rumah apabila terdapat urusan yang mustahak sebagaimana firman Allah S.W.T:
Terjemahanya:
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.[19]
(Surah al-Ahzab 33: 33)
Dengan duduk di rumah kecuali untuk hal-hal yang mustahak, jika keluar perlulah berpakaian seperti yang dituntut syarak kerana terpeliharalah maruah wanita sebagai muslim yang mulia dan terpeliharalah rumah tangga serta masyarakat dari fitnah, khalwat dan zina.
Berdasarkan hadith tersebut jelas menunjukkan Islam tidak memandang ringan terhadap masalah aurat. Daripada hadith ini juga difahamkan bahawa seseorang wanita diharamkan memakai baju yang ketat dan jarang sehingga menanpakkan bentuk dan bayangan tubuhnya. Justeru itu pakaian yang dibolehkan dalam Islam adalah yang longgar dan tebal. Namun begitu seseorang wanita dibolehkan berpakaian demikian dihadapan suami mereka sahaja.
iii) Tidak Menyerupai Lelaki bagi Wanita dan Sebaliknya
Allah S.W.T menjadikan wanita sempurna degan sifat lemah lembut. Begitu juga fizikal mereka yang mempunyai kulit yang halus dan pergerakan yang sopan santun yang berbeza dengan lelaki. Namun, terdapat golongan wanita yang ingin kelihatan seperti lelaki sama ada dari segi fizikal, percakapan dan pakaian.[20]
Islam melarang kerana ia adalah perbuatan yang keji serta bertentangan dengan fitrah kewanitaan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :
عن ابن عبس رضى الله عنها قلت : رسول الله لعن رسول الله صلى الله على وسلم: المتشبهين الرجل يلبس لبسة المرأة والمراة تلبس لبسة الرجل.
Maksudnya:
Daripada Abbas r.a berkata. Rasulullah S.A.W mengutuk wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita (pakaian dan berbagai hal).[21]
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Sabda baginda lagi:
عن ابى هريرة رضى الله عنه قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم : الرجال يلبس لبسة المرأة والمرأة تلبس لبسة الرجال.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah S.A.W mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita yang berpakaian seperti lelaki.[22]
(Riwayat Abu Daud)
Kedua-dua hadis di atas adalah merupakan larangan yang dimulai dengan kata la’ana (mengutuki). Menurut para Ulama’ bahawa setiap larangan yang dimulai dengan ungkapan ‘mengutuki’, maka larangan itu bererti haram hukumnya kalau dilanggar. Hadis di atas juga menjelaskan bahawa yang diharamkan tersebut adalah wanita yang memakai pakaian lelaki atau sebaliknya, jenis bahan atau fesyenya bukan sekadar menyamai atau mirip. Juga, hadis pertama (riwayat Abu Daud dari Ibnu Abbas) menjelaskan bahawa Rasulullah mengutuk lelaki yang menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki.[23]
Menurut keterangan Ibnu Hajar, penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan yang meliputi pakaian, perhiasan, jalan, suara dan gerak-geri. Mengenai jalan, suara dan gerak-geri yang diharamkan adalah apabila terdapat unsur kesengajaan, mengada-ngada atau menyerupai berlainan jantina.
Sedangkan mengenai pakaian yang relative, kerana setiap negara atau daerah mempunyai kebiasaan tersendiri dalam berpakaian. Kemungkinan di suatu negara pakaian wanita merupakan pakaian yang biasa dipakai oleh kaum lelaki seperti di Scotland ketika bermain klarenet beg. Maka dalam hal ini yang dijadikan kebiasaan tempatan.
Sedangkan kebiasaan yang dimaksudkan adalah sesuatu yang biasa berlaku (uruf), bukan kebiasaan yang bersifat keperibadian. Dalam hal ini perlulah kembali kepada kaedah usul fiqh yang mengatakan “Adat itu menentukan Hukum” ataupun (al-a’dah muhkamah).[24]
Sedahsyat-dahsyat bencana yang akan mengancam kehidupan manusia dan masyarakat adalah sikap yang abnormal dan menentang tabiat jantina. Sedangkan tabiat ada dua iaitu : tabiat lelaki dan tabiat perempuan. Maka jika ada lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti wanita dan wanita berpakaian atau berlagak seperti lelaki ini bermakna ini merupakan sesuatu yang tidak normal dan melawan tabiat semula jadi jantina itu sendiri.[25]
Rasulullah pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia dan disambut oleh para Malaikat, di antara lelaki yang memang lelaki sejak dilahirkan, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai lelaki dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai perempuan sejak lahir tetapi dia menjadikan dirinya sebagai lelaki dan menyerupai lelaki. Justeru itu, maka Rasululullah s.a.w melarang lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan ‘ashfar (winter kuning) yang biasa digunakan untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu. [26]
iv) Tidak Menyerupai Pakaian Non Muslim
Bahawa pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian khusus agama non-Islam, seperti pakaian poster, paderi dan seumpamanya. Sedangkan pakaian awam atau yang dipakai umat agama lain sebagai pakaian hari-hari tidaklah termasuk dalam larangan ini. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
عن ابى عمر رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من تشبة بقوم فهو منهم.
Maksudnya:
Daripada Abi Umar r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang menyerupai satu kaum, maka dia termasuk bersama kaum tersebut.[1]
(Riwayat Abu Daud)
Ibnu Taimiah menjelaskan dalam kitabnya Syiratal Mustaqi, iaitu Imam Ahmad mengunakan hadis ini sebagai dalil hukum untuk menetapkan bahawa: haram hukumnya menyerupai kaum non-muslim.
Islam melarang umatnya memakai pakaian khas tokoh atau penganut agama lain atau perhiasan khusus mereka, seperti memakai kalung salib, bunga krismas dan lain lagi. Hal demikian dimaksudkan antara lain adalah untuk mendidik umat Islam agar merasa bangga bagi mempertahankan budaya sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya lain yang tiada identiti sendiri.[2]
Islam menganjurkan umatnya agar mengembangkan budaya dalam pakaian juga bidang lain, yang sealiran dengan jiwa Islam, kerana budaya itu sendiri merupakan sebahagian dari ta’abud ilallah dan apabila dikembangkan ia sesuai dengan norma dan jiwa Islam.
v) Bersederhana dalam berpakaian
Islam sangat menganjurkan umatNya agar bersederhana dalam apa jua hal sama ada dalam ibadat atau pun kehidupan seharian terutama sekali dalam berpakaian.
Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat di samping berfungsi sebagai perhiasan diri dan juga pelindung diri dari habuk dan panas. Namun Allah S.W.T menegaskan bahawa pakaian yang paling baik adalah ‘pakaian taqwa’. Dengan kata lain, dari segi berpakaian mencirikan seseorang itu bertaqwa dan tidak mencerminkan peribadi yang sombong atau takbur. Kerana itulah Islam menganjurkan umatnya agar berpakaian secara bersederhana dan melarang agar tidak berpakaian yang menjolok mata atau tidak menutup aurat.[3]
[1] Sunan Abi Daud. Bab Labis as-Syahrat. Juz. 11. No. hadith: 3512.
[2] Haji Suhairy Ilyas. Op. Cit. Hlm. 58.
[3] Dr. Danial Zainal Abidin. 2009. Quran Saintifik :Meneroka kecemerlangan Quran daripada
Teropong Sains. Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur: Penerbit PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm. 288.
[1] Op.Cit. 1992. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Darul Fikir
[2]Sofian Ahmad dan Lotifah Zainol Abidin. Op. Cit. Hlmn 9.
[3] Op. Cit. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Darul Fikir.
[4] Syeikh Sa’id bin Muhammad Ba’isyam. Busyra al-Karim. Jilid satu. Hlm. 92.
[5] Musnad Imam Ahmad. Bab Hadith Syaidatina A’isyah r.a. Juz 49. No. Hadith. 23010.
[6] Tabrani. Mu’jam al-Kabir Lil Tabrani. Bab 2. Juz 6. No. hadith : 7081.
[7] Op.cit.. Hlmn 90.
[8] Ibid.. Hlmn 90.
[9] Op. Cit. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Darul Fikir.
[10] Abdul Hayie Abdul Sukor. 2003. Islam &Manusia : 1001 Kemusykilan. Cetakan pertama. Jilid 1.
Kuala Lumpur : Zebra Edition Sdn Bhd. Hlmn 90.
[11] Op. Cit. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Darul Fikir.
[12] Abdul Hayie Abdul Sukor. Op. Cit. Hlm 93.
[13] Sunan Ahmad. Bab Labis al-Qabathi Lin-nisa’. Juz 11. No. hadith: 3589.
[14] Abdul Hayie Abdul Sukor.Op. Cit. . Hlmn 91.
[15] Haji Suhairy Ilyas. Op.cit. Hlm 53.
[16] Sahih Muslim. Bab an-Nisa’ al-Kasiyat al-A’riyat al-Ma’ilat. Juz 11. No. hadith: 3971.
[17] Syekh Yusuf al-Qardhawi. Halal dan Haram Dalam Islam. Qatar: Perpustakaan Qatar. Hlm. 133.
[18] Syekh Khalid bin Ibrahim bin Ali bin abd-Dholi. 1994. Cermin Harian Muslimah. Cetakan pertama .
Jilid pertama. Penerbitan Risalah Gusti. Indonesia. Hlm 53.
[19] Op. Cit. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Darul Fikir.
[20] Joesoef Sou’yb. Op. Cit. Hlmn 59.
[21] Sahih Bukhari & Muslim. Bab Amma Hadith Ibnu Abbas. Juz 17. No. hadith: 7521.
[22] Sunan Abi Daud. Bab fi Labis an-Nisa’. Juz 11. No. hadith: 3575.
[23] Ibnu Jauzy ter. Abdul Majid Tha’mud al-Halabi dan Farizal Tarmizi.1421H/Jan 2001. 110
Hukum Wanita. Cetakan pertama. Lebanon: Pustaka Azzam Darul Ma’rifah. Hlmn. 147.
[24] Haji Suhairy Ilyas. Op.Cit. Hlmn. 57.
[25] Ibnu Jauzy ter. Abdul Majid Tha’mud al-Halabi dan Farizal. Op. Cit 148.
[26] Syekh Yusuf al-Qardhawi. Op. Cit. Hlm 115
Tiada ulasan:
Catat Ulasan