Sabtu, 12 November 2011

BM2 - Cara menjawab bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa


BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Kesalahan bahasa meliputi:
− ejaan
− tanda baca
− kosa kata
− imbuhan
− frasa
− klausa/ayat

NASIHAT KEPADA CALON :

1. Jawapan perlu dibuat dalam bentuk jadual.
2. Masa menjawab yang dicadangkan ialah 20 minit
3. Baca dengan teliti setiap ayat dan beri tumpuan kepada
6 aspek kesalahan bahasa seperti di atas.
4. Anda dinasihatkan mengenalpasti dan menulis seberapa
banyak kesalahan bahasa yang mungkin.
5. Untuk analisis/sebab kesalahan, anda perlu menyatakan
jenis kesalahan dan menghuraikan lebih lanjut

Kenal pasti kesalahan bahasa dalm petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan

Seorang (1) polis inspektor yang baru dua bulan bertugas telah menceritakan keadaan di daerah itu kepada pemberita./ Beliau menyatakan bahawa banjir itu berpunca daripada sebuah empangan yang pecah akibat gempa bumi yang berlaku di negara jiran./ Untuk memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini, sebuah jawatankuasa petugas telah dibentuk./ Jawatankuasa tersebut dikehendaki bertugas setiap hari, (2) sebaliknya pada hari Jumaat./
Dalam kesibukan orang ramai membantu pihak keselamatan menyelamatkan mangsa, terdapat sesetengah pihak yang (3) mengambil kesempatan mencuri barang-barang,terutamanya makanan dan pakaian. /Pihak polis (4) mensyaki bahawa kegiatan tersebut dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. (5) Untuk mengawal keadaan di daerah itu memerlukan sukarlawan yang lebih banyak. /Walau bagaimanapun, ekoran tertangkapnya (6) beberapa penjenayah, kegiatan mencuri dapat dikawal./


SEBAB KESALAHAN
1 kesalahan Hukum D-M
Unsur yang diterangkan
mesti diletakkan dihadapan
unsur yang menerangkan.
PEMBETULAN
...inspektor polis...

SEBAB KESALAHAN
2 Penggunaan Kata Hubung
yang salah untuk maksud
kekecualian. KH yang
sesuai ialah ’kecuali’
PEMBETULAN
...kecuali...

SEBAB KESALAHAN
3 Frasa tersebut memerlukan
kata hubung keterangan
cara untuk menghubungkan
dua frasa
PEMBETULAN
...mengambil kesempatan dengan
mencuri barang-barang,...

SEBAB KESALAHAN
4 Pemilihan alomorf
yang salah. Kata yang
mengandungi satu suku
kata memerlukan
alomorf ’menge-’
PEMBETULAN
...mengesyaki

SEBAB KESALAHAN
5 Ayat tergantung kerana
ketiadaan subjek
PEMBETULAN
...untuk mengawal keadaan
di daerah itu memerlukan
(subjek : kerajaan @ pihak polis
memerlukan sukarlawan yang
lebih banyak

SEBAB KESALAHAN
6 Penjodoh bilangan mesti
digunakan selepas kata
bilangan tak tentu
PEMBETULAN
...beberapa orang penjenayah...

Gred A bukan senang tetapi bukan mustahil. Ramai calon sudah membuktikannya. Hampir semua calon biasanya meletakkan sasaran gred yang ingin dicapai dalam peperiksaan awam tetapi tidak semuanya melakukan usaha yang mencukupi untuk mencapainya. Anda bagaimana ?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan