Sabtu, 12 November 2011

membuat pendahuluan BM (A) kertas 2


contoh item/soalan :
Kemasukan tenaga kerja asing ke negara kita ini berlaku sejak dahulu dan kini bilangan mereka semakin meningkat. (A)
Berikan penjelasan anda tentang kesan kemasukan tenaga kerja asing kepada masyarakat dan negara ini.(B)

Penerangan :
Dalam item/soalan mengandungi 2 bahagian. Bahagian pertama (A) ialah penyataan soalan (PS) dan bahagian kedua (B) ialah kehendak soalan (KS).

Dalam bahagian PS, calon boleh mengesan ISU dan RANGKAI KATA PENTING (RKP)sementara bahagian B, calon boleh mengesan KS dengan mudah.

Berdasarkan item/soalan di atas,
ISU = tenaga kerja asing
KS = kesan kemasukan tenaga kerja asing kepada masyarakat dan negara.
RKP = perkataan "meningkat"

Apabila calon ingin membina perengan pendahuluan karangan, ISU mesti diberi definisi ATAU maksud ATAU apa-apa juga ayat yang boleh menggambarkan ISU.


TINDAKAN PERTAMA
> Bina sekurang-kurang 1 ayat yang mendefinisikan atau menerangkan maksud ISU.

Contoh definisi/maksud ISU
tenaga kerja asing = pekerja dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk bekerja.

TINDAKAN KEDUA>
Bina sekurang-kurangnya ayat/klausa yang sinonim dengan RKP
RKP dalam PS ialah : bilangan mereka (tenaga kerja asing) meningkat. Fokus perkataannya ialah "meningkat".

Contoh ayat/klausa yang sinonim dengan RKP :
1. Kini bilangan mereka semakin ramai di negara kita.(atau)
2. Bilangan mereka semakin bertambah dari tahun ke tahun. (atau)
3. Calon boleh menyatakan statistik, sekiranya mengetahui statistiknya.
(atau) apa-apa sahaja idea yang menggambarkan/sinonim dengan
perkataan "meningkat".

TINDAKAN KETIGA
> Nyatakan contoh yang bersesuaian.
Antara contoh yang bersesuaian ialah :
1. Contoh negara-negara asal tenaga keja asing yang datang ke negara kita.
2. Contoh sektor ekonomi yang melibatkan tenaga kerja asing.
3. Contoh-contoh lain yang bersesuaian.

TINDAKAN KEEMPAT
> Bina sekurang-kurangnya 1 ayat/klausa yang berkaitan dengan ISU.
Memandangkan KSnya ialah kesan, calon boleh menulis sebab/faktor/alasan tenaga kerja asing berminat datang ke negara kita. (faktor dalaman) ATAU sebab/faktor/alasan tenaga asing keluar dari negara asal dan datang ke negara kita. (faktor luaran).

TINDAKAN KELIMA>
Bina ayat atau ayat-ayat yang mengandungi KS
Memandangkan KS item/soalan di atas ialah KESAN, maka KSnya ialah Kesan Baik dan Kesan Buruk kemasukan tenaga kerja asing.
Dinasihatkan calon membina 2 ayat, sekiranya item/soalan mempunyai 2 kehendak soalan.

Contoh pendahuluan karangan :

Tenaga kerja asing merujuk kepada pekerja dari luar negara yang datang ke negara kita untuk bekerja (definisi/makna ISU) dalam pelbagai sektor ekonomi. Sektor pertanian dan perindustrian merupakan antara sektor yang menggunakan ramai tenaga kerja asing (contoh sektor ekonomi), khususnya buruh asing dari Indonesia, Myanmar dan Nepal (contoh negara). Bilangan mereka semakin bertambah ramai dari setahun ke setahun (RKP). Pembangunan yang pesat di Malaysia (faktor dalaman) dan kekurangan peluang pekerjaan di negara asal(fakor luaran) menyebabkan mereka terpaksa berhijrah untuk mencari rezeki di negara kita. Selain buruh, Malaysia juga turut menggaji tenaga profesional seperti jurutera dan doktor (contoh profesion) untuk menampung kekurangan tenaga pakar di negara kita.(alasan ). Kedatangan mereka telah membawa banyak kebaikan (KS 1) kepada negara kita. Namun begitu, kebanjiran tenaga kerja asing ini turut membawa impak negatif >(KS 2)<b> kepada masyarakat dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan