Rabu, 4 Januari 2012

petua utk mejadi pelajar yg cemerlang

petua utk menjadi seorang yg cemerlang
 1.Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

 2.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
 kita ingat 10 % apayang dibaca
 kita ingat 20% apa yang didengar
 kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
 kita ingat 70% apa yang dicakapkan kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3.Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5.Belajar dalam persekitaran kondusif. pastikan cahaya adalah terang kurangkan gangguan bunyi tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran kerusi dan meja menghadap kiblat jangan lupa untuk senyum

6.Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7.Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8.Tahu teknik merangsang memori: memasukkan maklumat dalam memori (registration) menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) mengingat kembali (recall) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9.Sentiasa awal dan mendahului: persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10.Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11.Mempunyai teknik membaca yang betul: duduk dengan tegak & bernafas dengan betul memberikan tumpuan sepenuhnya menggunakan jari telunjuk untuk membaca menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12.Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13.Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14.Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15.Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16.Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur,
selepas bangun tidur,
selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

16. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

17.Tahu petua-petua agar tidak lupa:
 jangan makan kepala ikan
 jangan makan organ dalaman
 jangan minum semasa makan
jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
 jangan melihat kemaluan
jangan melihat buih
jangan membaca nama pada batu nisan
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
banyakkan makan kekacang pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
jangan makan sehingga terlalu kenyang
jangan kencing berdiri

Ciri-ciri pelajar cemerlang: taat kepada Allah mendirikan sembahyang menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka hormati & sayangi guru bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari membantu rakan yang memerlukan berdoa dan bersyukur kepada Allah sentiasa bertawakal mahir dalam setiap mata pelajaran Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan